Bintang rap Super Siah bergelar jutawan
Bintang rap Super Siah bergelar jutawan
WASHINGTON – Seorang penyanyi rap cilik berusia sembilan tahun di Amerika Syarikat (AS) menjalani kehidupan serba mewah dengan memiliki kekayaan berjuta-juta dolar, mengenakan pakaian pereka fesyen terkenal serta sering menikmati percutian di atas kapal layar, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Messiah Bentley, atau lebih dikenali sebagai Super Siah mengaku dirinya kanak-kanak paling hebat di sekolah selepas berjaya melancarkan kerjaya sebagai seorang penyanyi rap pada 2017.
Bintang muda itu mula terkenal di platform perkongsian video YouTube bersama keluarga sebelum mengejar minatnya dalam bidang muzik.
Dia kerap berkongsi klip video lucu ketika mengusik dua adik beradik dan ibu bapanya walaupun tidak menunjukkan bakatnya dalam muzik.
Bentley juga memperoleh pendapatan bersih yang dianggarkan bernilai £4 juta (RM20.9 juta) sebelum memasuki sekolah menengah, demikian menurut laman Famous People Today.
Kanak-kanak kelahiran negeri Florida itu kerap berkongsi gaya hidup mewah kepada lebih 753,000 pengikut di Instagram.
Jika tidak berbaring di atas kereta Bentley atau bergambar di hadapan kereta McLaren 570S, peminat boleh menyaksikan bintang muda itu meluangkan masa bersama koleksi supercar mini elektriknya.
“Saya seorang bos, saya boleh membeli barang yang sama dibeli oleh ibu bapa saya,” demikian menurut salah satu keterangan dalam hatarannya di Instagram. K Online
Bintang rap Super Siah bergelar jutawan
Baca Artikel Menarik:
- Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang
- Stesen minyak terbiar Salor berhantu
- Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut
- Isu konsert artis antarabangsa: “Jangan sia-siakan masa” – Prof. Muhaya
- Ismail saman Lokman berhubung kenyataan fitnah menerusi media sosial
- Rakyat berhak bersuara isu Najib
- JIka BN menang PRU-15, tiada siapa akan dibalas dendam
- Yonnyboii ungguli Album Terbaik AIM 23, Bolot RM200,000
- Dulu penyokong tegar, kini atas pagar
- Polis siasat dua lagi kes pendakwah selebriti di N. Sembilan
- Kepala mangsa serangan buaya ditemui
- Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres
- Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noor Nabila kecil hati dengan suami