Faizal AF4 jadi penjual penapis air

Faizal AF4 jadi penjual penapis air

Bekas juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramly kembali menarik perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video tentang kerjaya baharunya sebagai seorang penjual alat penapis air sebuah jenama popular.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, penyanyi berusia 38 tahun itu meluahkan perasaan apabila menceburi bidang yang masih dianggap asing buat dirinya.

“Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari pertama saya membabitkan diri bersama Coway. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Amin,” katanya.

Ujar Faizal, dia masih lagi aktif menyanyi walaupun dirinya sudah pun membabitkan diri dalam bidang baharu sebagai usahanya untuk menambah pendapatan.

Bahkan, penyanyi kelahiran Marang, Terengganu itu juga memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk melakukan dua pekerjaan kerana apa yang penting adalah dia mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Tidak semestinya menjadi penyanyi tidak boleh berniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.

“Jadi rasanya tidak ada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya masih lagi belajar untuk mendalami perniagaan ini. Saya sayang anda semua. Senyum sokmo!” kata Faizal sambil menghadiahkan lagu berjudul Watimang Landok untuk peminatnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Lihatlah itu turut meminta peminat mendoakan kejayaannya supaya diberikan rezeki oleh Allah SWT.

“Harap anda semua doakan yang terbaik untuk saya kerana anda adalah rezeki saya dan saya adalah rezeki anda,” katanya.

Dalam ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telatah pertuturan, bahkan ada yan terkejut perubahan fizikal Faizal yang kelihatan semakin berisi.

“Comel Faizal. Makin ‘sihat’,” kata seorang netizen.

“Naik betul badan dia. Moga sihat selalu,” ujar seorang lagi peminatnya.

Sekadar info, Faizal yang sebelum ini pernah menikmati kemasyhuran sebagai penyanyi berdepan zaman kejatuhan selepas terjebak penyalahgunaan dadah.

Dalam satu pengakuannya, Faizal memberitahu segala-galanya berubah selepas dia dilimpahi kemewahan wang ringgit selain terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang akhirnya memakan diri sendiri. K Online

Faizal AF4 jadi penjual penapis air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker