Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis
Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis
Bandar Baharu: Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang dikatakan bersikap buruk seperti didedahkan anaknya hingga tular di media sosial baru-baru ini mendakwa dia masih berfikiran waras dan mempunyai pegangan agama.
Lelaki berusia 44 tahun itu dalam laporan polis juga mendakwa yang dia secara jujur sebagai seorang bapa tidak pernah sesekali terlintas melakukan perbuatan keji terbabit terhadap anak perempuannya itu.
Menurut sumber, lelaki berkenaan tampil membuat satu laporan polis Ahad lalu selepas dia menerima panggilan daripada seorang rakan yang memberitahu anak perempuannya ada mengeluarkan kenyataan serta tuduhan terhadapnya sehingga ia tular di media sosial.
“Dalam laporannya, lelaki itu mendakwa dia dimaklum oleh rakannya berhubung kenyataan berbentuk tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu pada 10 pagi ketika berada di rumah.
“Lelaki terbabit dalam laporan polis memberitahu anaknya itu yang juga seorang pelakon mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan mengatakan dia cuba melakukan perkara tidak senonoh dan beberapa lagi perkara buruk terhadapnya,” katanya.
Terdahulu, seorang pelakon berusia 15 tahun yang dijemput dalam satu program broadcast di YouTube untuk berkongsi mengenai kisah hidupnya mendedahkan sikap buruk bapanya itu.
Remaja perempuan terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya itu bukan sahaja menimpa dirinya malah ibunya turut diperlakukan dengan teruk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan berhubung laporan polis yang dibuat bapa kepada sorang pelakon.
“Ya… hasil semakan mendapati kita ada menerima laporan polis yang dibuat bapa pelakon berkenaan pada 4.15 petang Ahad lalu.
“Bagaimanapun, laporan yang dibuat itu hanya covering report selain dia mahu menafikan segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan anaknya itu terhadap dirinya,” katanya. HM
Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas
You must be logged in to post a comment.