Feri terkandas di Kuala Kedah, 133 penumpang berjaya diselamatkan

ALOR SETAR – Sebanyak 133 penumpang feri dalam perjalanan dari Terminal Jeti Kuala Kedah ke Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi diselamatkan selepas feri yang dinaiki terkandas di alur pelayaran di Kuala Kedah pada 4.30 petang Jumaat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pusat operasi menerima panggilan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) berhubung kejadian feri Starcity Express 6 terkandas di posisi 0.5 batu nautika muara Kuala Kedah

“Feri berkenaan telah cuba ditunda balik oleh sebuah bot tunda milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah tetapi feri itu telah terkeluar dari laluan asal dan tersangkut di beting lumpur.



“Sebaik menerima laporan, Bot PERKASA 1224 telah ke lokasi bagi membantu pihak feri dan JLM untuk memindahkan kesemua 133 penumpang terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan sebelum paras air mulai surut,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

 

Feri dalam perjalanan dari Terminal Jeti Kuala Kedah ke Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi terkandas di posisi 0.5 batu nautika muara Kuala Kedah. - Foto Maritim Malaysia
Feri dalam perjalanan dari Terminal Jeti Kuala Kedah ke Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi terkandas di posisi 0.5 batu nautika muara Kuala Kedah. – Foto Maritim Malaysia

Beliau berkata, kerja memindahkan penumpang turut dibantu beberapa bot nelayan yang berada di kawasan berhampiran untuk dibawa semula ke Terminal Jeti Kuala Kedah.

“Operasi menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada 6.30 petang setelah kesemua penumpang berjaya dibawa ke terminal jeti berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.



Beliau berkata sebarang aduan kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Sementara itu, JLM dalam satu kenyataan memaklumkan satu pasukan siasatan ditubuh bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang.

Selain itu, pemeriksaan semula oleh Badan Klasifikasi ke atas feri tersebut juga akan dipantau oleh surveyor daripada JLM bagi memastikan feri tersebut selamat untuk beroperasi semula. – Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker