Buru yang elak bayar cukai walaupun kawan saya, Anwar beritahu LHDN

Buru yang elak bayar cukai walaupun kawan saya, Anwar beritahu LHDN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara agresif mencari jalan untuk memburu mereka yang mengelak daripada membayar cukai walaupun mereka adalah rakan atau penyokong beliau.

“Sama ada kenalan saya atau tidak, penyokong saya atau tidak, cukai wajib bayar dan LHDN wajib menggeledah dan cari helah-helah (elak bayar cukai),” katanya pada Sambutan Hari Hasil ke-27.

Pada Jun tahun lalu, LHDN berkata sebanyak 31,598 belum mengisytiharkan pendapatan mereka menyebabkan kerugian RM665 juta pendapatan untuk kerajaan.

Katanya, sekiranya tidak ditangani segera ia akan “memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara”.

LHDN berkata, entiti yang yang termasuk hampir 24,000 individu, dikenal pasti berdasarkan pemilikan aset dan kemampuan mereka mendapatkan pinjaman dan sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.

Hapuskan rasuah sistematik

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, negara mesti menggiatkan usaha untuk menghapuskan rasuah yang digambarkan beliau sebagai “sistematik”.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Anwar berkata, ramai pemimpin politik mempunyai jumlah “kekayaan yang besar”.

Katanya, sebahagian daripada pihak itu mendakwa mereka bersih tetapi sebenarnya beroperasi dengan “sistem yang kotor”.

Anwar juga menegur pemimpin Islam memakai “jubah dan kopiah” tetapi mempertahankan rasuah.

“Apa gunanya hidup sekiranya tiada nilai-nilai moral?” katanya tanpa menamakan sesiapa. FMT

Buru yang elak bayar cukai walaupun kawan saya, Anwar beritahu LHDN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker