Janda Pontian kena scam! Tergoda tawaran RM1 juta hilang puluhan ribu ringgit

Seorang warga emas tidak mampu berkata apa-apa setelah menyerahkan wang simpanannya RM56,000 kepada seorang wanita yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantar barangan sejak Julai lalu.

Mangsa yang berusia 76 berstatus janda bertindak melakukan transaksi kepada akaun suspek bagi mendapatkan ‘barangan’ yang dikirimkan dalam bentuk wang yang RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenda Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa yang juga ibu tunggal itu menerima panggilan daripada suspek pada pertengahan Julai lalu.



Katanya, mangsa telah diminta oleh suspek supaya membuat bayaran bagi membolehkannya menuntut wang tunai tersebut yang akan diserahkan sebaik sahaja bayaran penuh diperoleh.

“Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah membuat beberapa kali bayaran yang kononnya bagi kos penghantaran, cukai kastam dan denda oleh kerajaan.

“Transaksi pertama dibuat oleh mangsa pada 18 Julai dan diikuti beberapa pindahan wang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, pembayaran terakhir kepada suspek telah dibuat oleh mangsa pada awal bulan ini dengan suspek berjanji untuk menghantar wang tunai itu ke rumah selepas mangsa selesai membuat bayaran.



Walau bagaimanapun, wang RM1 juta yang dijanjikan tidak diberikan dan mangsa menyedari dirinya telah ditipu, seterusnya membuat laporan polis pada 28 Ogos 2022.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi



PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker