Anwar tampil bela Zahid

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan pengumuman peruntukan oleh Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

Katanya, kerajaan persekutuan masih beroperasi dan akan terus membuat pengumuman penting.

Ini termasuk pengembangan RM50 juta kepada inisiatif Rahmah, yang diumumkan Anwar hari ini.



“Seperti yang saya umum tadi (peruntukan perluas program Rahmah), dia (pengumuman Zahid) tak ada kena mengena dengan PRN,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas maklum balas terhadap pengumuman Zahid itu.

Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan pada Jumaat bahawa kementeriannya akan memberi RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 kepada pasukan motosikal di seluruh negeri itu.

Dia berkata akan ada lebih banyak bantuan disalurkan jika belia pada acara itu mengundi “gelombang biru dan merah” dalam pilihan raya negeri 12 Ogos.



Bagaimanapun, Anwar berkata walaupun ada yang mencadangkan agar kerajaan tidak membuat apa-apa pengumuman semasa tempoh kempen, ini tidak boleh dilakukan.

“Saya perdana menteri jaga negara sepenuhnya, kalau penting kita umum.

“Tapi saya sudah beritahu tak boleh guna jentera negeri kempen di negeri mulai semalam, hari penamaan calon sehingga hari mengundi. Itu keputusan jemaah menteri,” katanya lagi.

Pengundian PRN akan berlangsung pada 12 Ogos depan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker