Suami leka layan telefon, tidak sedar anak makan najis sendiri

BEIJING – Seorang lelaki di China menerima kecaman netizen apabila tidak menyedari anaknya yang berusia sembilan bulan memakan najis sendiri kerana terlalu leka dengan telefon pintar, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Kejadian di wilayah Jilin itu terbongkar selepas isterinya melihat  rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah mereka.

Rakaman jelas menunjukkan lelaki itu sedang berbaring di sebelah anaknya yang menjilat najis sendiri,  namun tidak disedari kerana terlalu asyik melayan aplikasi telefon pintar.

“Suami saya pada mulanya tidak memberitahu bahawa anak kami memakan najis  sendiri dan cuma menyatakan bahawa dia buang air besar hingga terkena pada karpet.

“Saya tidak berpuas hati dengan penjelasannya kerana dia begitu bersungguh-sungguh membasuh karpet tanpa disuruh atau merungut. Saya menonton rakaman CCTV untuk mengetahui perkara sebenar,” kata isterinya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di platform Weibo itu telah diulang tonton sebanyak 220 juta kali. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker