Aliff Syukri nak duet dengan Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Awie, Anuar Zain pula
Aliff Syukri nak duet dengan Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Awie, Anuar Zain pula
Walaupun dikecam tidak boleh menyanyi dan didakwa sebagai perosak industri hiburan tanah air oleh netizen, Datuk Seri Aliff Syukri, 35, mengimpikan untuk berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza pula.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman yang mendakwa dirinya penyanyi nombor satu Malaysia kerana sentiasa ‘trending’ di YouTube berkata, Siti adalah penyanyi wanita yang amat diminatinya.
“Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau (Siti Nurhaliza) lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai. Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak ‘trending’ walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah,” katanya.
Dalam masa sama, Aliff juga teringin berduet dengan Datuk Awie walaupun penyanyi Wings itu turut ‘menghentam’nya dalam satu temubual, baru-baru ini.
“Saya minat lagu dia sebab dulu saya suka ‘feeling’ macam Ziana Zain,” katanya yang turut menyimpan impian berduet dengan Datuk Jamal Abdillah dan Anuar Zain.
Aliff berkata, walaupun orang mengata, kecam, maki dan mencaci dirinya, tetapi lagu ‘trending’ di YouTube diperoleh itu asli kerana dia tidak membayar walau 10 sen pun kepada YouTube kerana jumlah tontonan di platform digital itu tak boleh dibeli.
“Saya berdiri ‘stand alone’ walaupun banyak selebriti keluarkan lagu, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada ‘value’, walaupun ada orang kata suara saya macam itik, suara macam lembu.
“Namun, Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat saya yang setia bersama saya daripada satu lagu sampai 10 lagu dan saya juga ada dapat ‘offer’ untuk buat persembahan,” katanya mengakui suara kurang sedap ketika menyanyi ‘live’.
Aliff berkata, dengan tawaran persembahan diperoleh itu, dia semakin percaya bahawa dirinya mempunyai aura seorang artis walaupun tindakan menghasilkan single setiap tahun sekadar memenuhi minatnya untuk menjadi penyanyi. HM
Aliff Syukri nak duet dengan Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Awie, Anuar Zain pula
Baca Artikel Menarik:
- Peguam utama Najib mahu tarik diri kerana tidak diberi masa
- Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen
- Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah
- Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
- Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat
- Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh
- Ahli perniagaan saman CTOS, CIMB atas dakwaan salah lapor kredit
- Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis
- Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang
- Pencuri larikan telefon ketika buat mangsa sedang ‘live’ [VIDEO]
- Air mani jadikan kulit berseri?
- Polis siasat kes ‘pensyarah terlampau’
- Tukar RXZ Dengan Tanah Lot, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman