Aksi lelaki curi duit tabung masjid dirakam CCTV

Aksi lelaki curi duit tabung masjid dirakam CCTV

SHAH ALAM – Perbuatan seorang lelaki mencuri duit tabung Masjid Nahdhah Seksyen 18 di sini pada awal pagi semalam berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Suspek dikatakan melakukan jenayah curi itu antara pukul 4.18 hingga 4.30 pagi menggunakan pembaris besi.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubungnya semalam selepas ahli jawatankuasa masjid berkenaan membuat semakan terhadap CCTV kira-kira pukul 11.15 pagi hari sama.

Katanya, berdasarkan semakan itu mendapati lelaki itu mencuri menggunakan pembaris besi dengan berulang antara lima hingga enam kali.

Menurutnya, setiap kali perbuatan suspek itu didapati melibatkan RM1.

“Masjid berkenaan berpagar dan berkunci serta tiada pengawal keselamatan yang bertugas.



“Empat daripada lapan buah CCTV berjaya merakam aksi pencuri tersebut yang memasuki kawasan masjid dengan berjalan kaki dan memanjat tembok bahagian belakang masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Anis Shafinas di talian 017-2944535.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. K Online

Aksi lelaki curi duit tabung masjid dirakam CCTV




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker