Henti anjurkan konsert – PAS

Henti anjurkan konsert – PAS

Pemuda PAS hari ini mengecam penganjuran konsert di Malaysia yang menurut dewan itu berlangsung secara “bertalu-talu”.

“Penganjuran konsert-konsert bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan Allah SWT.

“Hentikan kerja-kerja begini.

“Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan Allah SWT,” kata ketuanya Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli tidak merujuk kepada mana-nama konsert secara khusus.

Bagaimanapun kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 selepas penyanyi antarabangsa Billie Eilish menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Penampilan sulung Eilish itu menyaksikan sambutan hangat peminat yang membanjiri perkarangan stadium sejak pagi, walaupun konsert hanya akan berlangsung di sebelah malam.

Tahun ini kegiatan konsert di ibu negara semakin rancak menjelang peralihan ke era endemik Covid-19.

Antara konsert lain sebelum ini termasuk Search, Dewa dan Kembara.

Sementara itu, meluahkan kekesalannya di Facebook, Ahmad Fadhli berkata apa yang dibangkitkannya itu bukan soal politik tetapi agama.

“Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya. Mk

Henti anjurkan konsert – PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker