Zaid terima tindakan Najib lepaskan firma dengan ‘hati terbuka, tenang’

Zaid terima tindakan Najib lepaskan firma dengan ‘hati terbuka, tenang’

Zaid Ibrahim berkata keputusan Najib Razak melepaskan firmanya sebagai peguam cara dalam rayuan kes rasuah SRC International mendapat “sokongan penuh dan persetujuannya.”

Dalam catatan Facebook, peguam kanan itu mengesahkan Najib melepaskan firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, seperti dimaklumkan ketua pasukan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik di Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata, menjadi kepercayaan Najib bahawa peguamnya tidak boleh melaksanakan sebarang tujuan bermanfaat dalam rayuan yang sedang berjalan.



Zaid berkata, Najib percaya “andaian lazim” seorang hakim ialah penyusunan semula pasukan guamannya bulan lalu “adalah sebahagian daripada muslihat taktikal dan untuk menyekat dan menghalang prosiding bagi mengelak atau menangguhkan penghakiman dan hukuman akhir yang akan diputuskan terhadapnya atau atas sebab politik.”

“Saya kesal walaupun usaha terbaik dilakukan peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik dan peguam dalam pasukan saya, kedua-duanya (di) Kuala Lumpur dan Singapura, kami tidak dapat menghapuskan salah tanggapan yang menyedihkan ini,” tambahnya.

Bekas menteri undang-undang itu berkata, firmanya menerima taklimat untuk mewakili Najib kerana mereka berpendapat kes itu memerlukan pendekatan baharu dan perspektif baharu, termasuk meninggalkan “niat jahat tidak perlu” dan “serangan peribadi” terhadap Hakim Nazlan Ghazali yang mengetuai perbicaraan sebelum itu.

“Sebaliknya, kami berhasrat untuk menumpukan secara tegas kepada isu undang-undang dan fakta yang menyelubungi kes itu, menumpukan terutama kepada isu berat sebelah dan konflik kepentingan,” kata Zaid.



Zaid berkata, daripada analisis objektif fakta kes, bukti banyak memihak kepada Najib.

Bersama rakan dan rakan sekerja, Niru Pillai dari Niru & Co, LLC, Singapura, beliau telah mengumpulkan pasukan undang-undang termasuk dua peguam bela kanan India, Sidharth Luthra dan Kavin Gulati, yang dibantu oleh Rony John dan Avi Tandon.

“Kami percaya bahawa permohonan itu berasas dan sangat menarik. Malangnya, mahkamah dalam kebijaksanaannya tidak fikir begitu. Permohonan itu tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, permintaan bagi penangguhan singkat untuk membolehkan pasukan undang-undangnya membangkitkan kes itu dengan betul dan peguam menyediakan hujah secukupnya memandangkan kes berkenaan sangat rumit dan berprofil tinggi, telah dinafikan secara langsung.



“Halangan dialami (Najib) adalah ketidakadilan besar yang timbul daripada kesilapan undang-undang yang nyata dan sudah tentu menjejaskan semua usaha untuk mendapatkan hak Perlembagaan beliau,” kata Zaid.

Menyedari kebebasan peribadi Najib dipertaruhkan, Zaid berkata, pasukannya “menerima dengan baik” keputusan bekas perdana menteri itu untuk melepaskan firmanya.

Beliau berikrar tidak akan goyah dengan pihak yang memperlekehkan perjuangannya untuk menegakkan keadilan.

“Saya berhasrat untuk bertenang dan terus menjalankan tugas,” katanya. FMT

Zaid terima tindakan Najib lepaskan firma dengan ‘hati terbuka, tenang’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker