Treler jatuh jejambat, laluan Ipoh-Tasek terhalang

Treler jatuh jejambat, laluan Ipoh-Tasek terhalang

IPOH: Pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar dikejutkan dengan kejadian sebuah treler yang jatuh dari jejambat menyebabkan laluan dari arah pekan Ipoh menghala ke Tasek, terhalang tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, 12.27 tengah hari.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi bagi pemantauan dan sebaik tiba, pemandu lori sudah keluar dari kenderaan itu dengan sendirinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kerja pengalihan lori dan besi jejambat yang menghalang laluan di kedua-dua arah telah diserahkan kepada pihak yang berkaitan dan tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Tinjauan Bernama mendapati laluan di kedua-dua arah sesak akibat besi jejambat yang menghalang laluan dan tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian itu.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang menunjukkan lori terjatuh dari atas jejambat secara melintang dan kenderaan yang melalui jalan berkenaan sempat memberhentikan kenderaan dan terselamat dari dihempap lori serta besi jambatan yang jatuh.

Warganet yang berada di lokasi ketika kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial. FMT

Treler jatuh jejambat, laluan Ipoh-Tasek terhalang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker