Dua beranak dipanah petir di Perlis

Dua beranak dipanah petir di Perlis

Kangar: Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini semalam, ketika cuaca hujan.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, mengalami trauma, manakala anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, cedera.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Nor Lelawati dikatakan ingin mengambil anaknya dari rumah jiran.

“Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari rumah jirannya itu, terdengar dentuman kuat di langit sebelum keduanya dipanah petir.

“Mangsa yang ditemui jiran dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.

Siasatan terhadap kejadian masih diteruskan. HM

Dua beranak dipanah petir di Perlis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker