Lori Bawa Muatan Kertas Rempuh 11 Kenderaan

Lori Bawa Muatan Kertas Rempuh 11 Kenderaan

Nilai: Sebuah lori yang hilang kawalan merempuh 11 kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Persiaran, Bandar Baru Nilai, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 5.50 petang itu, hanya seorang pemandu mengalami kecederaan ringan pada kepala manakala 11 kereta mengalami kerosakan selain lori terbabit terbabas di bahu jalan.



Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, lori 10 tan Nissan UD yang membawa muatan kertas gulung dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke arah Beranang, Selangor.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu lelaki itu mengalami masalah brek menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar deretan kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.

“Bagaimanapun, pemandu lori dan pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan,” katanya.



Beliau berkata, hasil keputusan ujian air kencing ke atas pemandu lori terbabit mendapati lelaki berkenaan negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fazley menasihatkan orang awam supaya memandu dalam keadaan yang selamat dan patuh kepada kelajuan yang ditetapkan terutama ketika musim perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba.-HM

Lori Bawa Muatan Kertas Rempuh 11 Kenderaan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker