Dengan Bantuan PM, Rohana Dapat Status Warganegara



Akhirnya Rohana Dapat Status Warganegara

Hanya linangan air mata mengiringi Rohana Abdullah, 22, ketika menerima surat keputusan permohonan kewarganegaraan yang diserahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di sini, hari ini.

Kisah Rohana dan seorang wanita Cina, Chee Hoi Lan, 83, disiarkan secara eksklusif akhbar Harian Metro pada 14 Januari lalu dan mendapat reaksi pelbagai pihak kerana wanita warga emas itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi, walaupun berbeza agama.

Bagaimanapun, ketiadaan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri menyebabkan kehidupan Rohana agak sukar sehingga dia terpaksa berhenti sekolah.

Namun, sejak kisah mereka disiarkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang cakna dengan kesukaran gadis itu berjanji mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.




Sementara itu, Hamzah berkata, Rohana terharu dan berterima kasih kepada kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana meluluskan permohonannya.

“Dia (Rohana) ucapkan terima kasih kerana dapat status warganegara, saya katakan kepada beliau sebenarnya kita bukan beri kepada dia seorang, ramai lagi.

“Dia menangis kerana dia sudah tunggu lama. KDN kena selidik semua perkara sebelum kita nak berikan taraf kewarganegaraan kepada sesiapa.

“Penyelidikan itu yang mengambil masa kadangkala cepat, kadang-kadang lambat terpulang kepada individu tertentu.

“Yang cepat kerana semua dokumen sudah lengkap dan yang dokumen yang tidak lengkap itu kadang-kadang memakan masa sehingga belasan tahun,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan oleh Menteri Dalam Negeri, di sini, hari ini.




Seramai 34 pemohon berusia antara lima hingga 24 tahun menerima surat keputusan permohonan kewarganegaraan.

Mereka terdiri daripada 18 pemohon lelaki dan 16 pemohon wanita iaitu 21 pemohon Melayu, lapan pemohon Cina, empat pemohon India manakala seorang individu beragama Islam yang dibesarkan oleh wanita bukan Islam.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, individu yang menerima kewarganegaraan Malaysia diingatkan sentiasa berpegang kepada lima prinsip Rukun Negara serta mematuhi undang-undang negara ini.

Katanya, mereka juga diingatkan untuk menyokong inisiatif kerajaan dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat memberi sumbangan kepada negara.

Beliau berkata, ibu bapa penerima juga diingatkan untuk mendidik anak masing-masing sebaik mungkin supaya mereka menjauhkan diri daripada terbabit dengan aktiviti tidak berfaedah yang boleh merosakkan masa depan mereka.




“Ingin saya ingatkan anugerah ini penting, yang datang dengan tanggungjawab yang amat besar. Tanggungjawab kepada negara, ibu bapa dan saudara mara.

“Saya berharap penerima sentiasa berpegang kepada lima prinsip rukun negara, memelihara kerukunan negara tercinta.

“Ingatlah keluarga besar Malaysia datang daripada pelbagai latar belakang,” katanya.-HM

Akhirnya Rohana Dapat Status Warganegara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.