PAS Tidak Sertai ‘Khemah Besar’ Sebab Bawah Khemah Banyak Tikus, Kucing- Abdul Hadi

PAS Tidak Sertai ‘Khemah Besar’ Sebab Bawah Khemah Banyak Tikus, Kucing- Abdul Hadi

Pas tetap tidak akan mengikuti dan menyertai sebarang kerjasama ‘khemah besar‘ seperti yang disarankan sesetengah pihak sebaliknya akan terus menjalankan agenda perpaduan ummah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana Pas telah mempunyai kumpulannya sendiri untuk melaksanakan agenda perpaduan itu.



Katanya Pas juga akan terus bekerjasama dengan parti terbesar orang Islam iaitu UMNO dan Bersatu untuk tujuan itu.

“Kita tidak ikut ‘khemah besar’, kita ada kumpulan kita sendiri. Kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah. Kita tidak ikut ‘khemah besar’, dalam khemah itu ada tikus, ada kucing ada macam-macam jenis dalam khemah. Kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi lagi, kerjasama itu juga merangkumi badan bukan kerajaan dan kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Terdahulu pemimpin pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan usaha ‘khemah besar’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan PH membuka pintu rundingan dan perbincangan termasuk kepada Bersatu dan Pas bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.-AA

PAS Tidak Sertai ‘Khemah Besar’ Sebab Bawah Khemah Banyak Tikus, Kucing- Abdul Hadi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker