Wanita maut diserang buaya di Kalabakan

Wanita maut diserang buaya di Kalabakan

Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut dekat Kalabakan, Sabah, hari ini.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.



Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam memaklumkan mangsa diserang buaya.

“Maklumat daripada keluarga diterima. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan hari ini.

“Mangsa ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu ditamatkan 10.27 pagi tadi. FMT



Wanita maut diserang buaya di Kalabakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker