Umpan makan sate sebelum rogol bergilir-gilir

Umpan makan sate sebelum rogol bergilir-gilir

Perdaya untuk bawa makan sebelum seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh tiga remaja lelaki di sebuah rumah di Damansara Damai Jumaat lalu.

Itu nasib malang menimpa mangsa berusia 19 tahun apabila terpedaya dengan ajakan rakan lelakinya yang konon ingin membawanya makan sate.

Menurut sumber, suspek pada mulanya memberitahu mangsa yang dia ingin makan sate bersama dan meminta wanita terbabit datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi.



“Suspek memberi alasan ingin pergi bersama-sama menyebabkan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus ke rumahnya.

“Bagaimanapun ketika tiba di rumah, suspek meminta mangsa masuk ke dalam terlebih dahulu,” katanya.

Sumber berkata, tidak lama kemudian mangsa diminta masuk ke dalam bilik konon takut dimarahi rakan serumah suspek jika melihat ada wanita lain.

“Bagaimanapun nasib malang menimpa mangsa apabila dia diperkosa lelaki terbabit ketika berada di dalam bilik.



“Tidak cukup dengan itu dua lagi lelaki turut memperkosa mangsa,” katanya.

Menurut sumber lagi, malah mangsa yang merayu dilepaskan nyaris dipukul dengan topi keledar.

“Mangsa yang ketakutan kemudian menghubungi rakannya meminta pertolongan selepas suspek keluar dari rumah itu.

“Remaja terbabit hanya dilepaskan sekitar jam 5 pagi sebelum diselamatkan rakan dan bapanya sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan. HM

Umpan makan sate sebelum rogol bergilir-gilir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker