JDT tawar gaji lumayan, peluang julang trofi

JDT tawar gaji lumayan, peluang julang trofi

JDT tawar gaji lumayan, peluang julang trofi
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Gaji lumayan berjumlah RM50,000 sebulan dan bonus tambahan dalam setiap perlawanan adalah antara kelebihan buat pemain yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu didedahkan sendiri pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail yang menegaskan setiap pemain akan menerima pelbagai insentif lumayan apabila menyarung jersi skuad Harimau Selatan.

Katanya, pemain bukan hanya meraih pendapatan bulanan, malah turut diberi bonus besar bagi setiap kejuaraan dimenangi selain dapat menjulang trofi kejuaraan yang mungkin tidak ada sekiranya bersama pasukan lain.

“Setiap tahun beraksi 25 perlawanan buat JDT, gaji RM50,000 tepat pada masanya.

“Pemain dapat berlatih menggunakan fasiliti terbaik, beraksi di stadium terbaik, aksi pramusim di Eropah dan potensi untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa juga besar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

“JDT juga ada peluang yang tinggi untuk memenangi trofi dan mendapat bonus yang baik setiap perlawanan. Ada juga bonus besar untuk setiap kejuaraan besar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


“Pemain dapat berlatih menggunakan fasiliti terbaik, beraksi di stadium terbaik, aksi pramusim di Eropah dan potensi untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa juga besar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

Tambahnya lagi, walaupun mungkin bermain untuk pasukan lain memberi minit permainan yang lebih, namun tidak memberi jaminan mampu menjulang trofi.

“Setiap tahun main 45 perlawanan di mana-mana kelab lain. Gaji RM20,000-30,000. Tak ada bonus setiap perlawanan.

“Peluang untuk memenangi trofi juga kecil. Tiada pusat latihan yang setaraf, padang rumput lembu dan gaji tak konsisten.

“Peluang untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa juga rendah, aksi pramusim tidak kompetitif. Pada akhirnya, kamu ada bil untuk dibayar, hidup sekarang dan selepas karier kamu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Seandainya seorang pemain JDT menerima gaji minimum serendah RM50,000, ini bermakna hampir RM1.5 juta hingga RM2 juta atau lebih diperlukan untuk membayar gaji setiap pemain dalam skuad utama pada setiap bulan.

Untuk rekod, sepanjang musim ini menyaksikan JDT melakar sejarah yang sukar digugat mana-mana kelab di Malaysia apabila membawa pulang 16 trofi dalam semusim.

Jumlah keseluruhan trofi itu adalah berdasarkan kepada pencapaian keseluruhan membabitkan peringkat akar umbi hingga kepada pasukan senior.

Berdasarkan kepada situasi terkini, skuad senior JDT yang dibimbing Hector Bidoglio sudah merangkul tiga trofi iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super selain JDT II membawa pulang kejuaraan Piala MFL.

Skuad ‘adik’ babitkan JDT III dan JDT IV juga sama hebat seperti pasukan ‘abang’ apabila masing-masing merangkul trofi Piala Presiden dan Piala Belia diikuti skuad JDT Bawah 17 Tahun (B-17) muncul juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Liga Remaja KPN/FAM.

Rentak sama turut menyaksikan JDT B-15 menggondol tiga trofi iaitu MSSM, Singapore Youth League (SYL) dan La Liga Youth Tournament manakala skuad JDT B-14 pula tampil bergaya dengan merangkul trofi Supermokh Cup, sementara JDT B-13 dan B-12 masing-masing meraih trofi SYL dan La Liga Youth Tournament.

Musim gemilang JDT bakal bertambah sempurna seandainya dapat menjuarai Piala Malaysia pada 26 April ini, di mana skuad kendalian Bidoglio akan turun menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

JDT tawar gaji lumayan, peluang julang trofi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker