PRNJohor: Muda bertembung 7 kerusi dengan Pejuang

PRNJohor: Muda bertembung 7 kerusi dengan Pejuang

Pejuang tidak berhasrat berunding dengan MUDA susulan pertembungan kedua-dua parti itu di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, berkata parti itu tidak menjangka MUDA akan bertanding di kawasan pengundi Melayu, sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua parti baharu itu.

“Kita sebenarnya tiada apa-apa masalah dengan MUDA, tetapi daripada awal lagi kami berpendirian kami mahu bertanding di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

“Kita tidak sangka yang MUDA juga minat kerusi-kerusi seperti itu (pengundi Melayu), kerana kita ingatkan fokus MUDA lebih kepada kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya selepas melancarkan Jentera Sayap Pejuang Muda dan Pejuanita Muda sempena PRN Johor, di sini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, parti itu menerima hakikat bahawa sesiapa boleh menampilkan calon pada PRN Johor dan akan berlaku pertembungan, dalam negara mengamalkan sistem demokrasi.

Tujuh kerusi yang menyaksikan pertembungan antara kedua-dua parti yang buat pertama kali bertanding pada PRN Johor adalah DUN Tenang, Parit Raja, Machap, Larkin, Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Bukit Kepong.

Sebelum ini, Mukhriz mengakui Pejuang sedang mengadakan perbincangan menjalinkan kerjasama bersama MUDA, pada PRN Johor kali ini.

Mengulas mengenai pertukaran calon Pejuang bagi DUN Endau Zaini Tahar, Mukhriz berkata, ia adalah permintaan sendiri Zaini selepas beliau disahkan positif Covid-19, kerana tidak mahu menganggu perjalanan kempen PRN Johor.

“Kita pun sedar jika positif Covid-19 kena kuarantin tujuh hingga 10 hari. Jadi calon tidak dapat berjumpa dengan pengundi sendiri,” katanya.

Zaini telah digantikan oleh Noorhisyam Ibrahim di kerusi berkenaan.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala pengundian pada 12 Mac.
FMT

PRNJohor: Muda bertembung 7 kerusi dengan Pejuang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker