Rakyat sudah muak dengan Mahathir

Prestasi hambar parti Pejuang Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu lepas menunjukkan kritikan beliau terhadap penggantinya Najib Razak tidak memberi sebarang impak, kata seorang penganalisis.

Pengerusi Pejuang itu melancarkan serangan terhadap Najib dalam beberapa siri surat kepada pengundi Johor menjelang PRN. Beliau memberi amaran kepada pengundi bahawa penggantinya sebagai Perdana Menteri itu berhasrat mendapatkan semula kuasa dalam usaha melepaskan diri daripada hukuman atas peranannya dalam skandal 1MDB.

Dalam satu surat, Mahathir menggelar Najib sebagai “menghina negara, bangsa dan agamanya”.

Najib disabitkan atas tuduhan berkaitan dana yang dikaitkan dengan 1MDB tetapi telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata sejak Mahathir kehilangan pengaruhnya, kritikan beliau terhadap mereka yang tidak disenanginya tidak lagi membawa apa-apa beban.

Oh juga berkata, Pejuang adalah yang paling tidak membimbangkan Najib, terutamanya selepas parti itu gagal memenangi mana-mana daripada 42 kerusi yang ditandinginya.

“Beliau (Mahathir) nampaknya tidak mempunyai banyak tarikan dalam kalangan pengundi Melayu dan orang bukan Melayu membencinya kerana meninggalkan Pakatan Harapan. Jadi, tak kisahlah dia suka atau tak suka sesiapa,” katanya.

“Secara logiknya, seseorang akan bimbang tentang kritikan jika pengkritik itu berpengaruh. Jika pengkritik itu tidak penting, seseorang boleh mengabaikannya,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Ilham Center Yusri Ibrahim berkata walaupun pemimpin dari Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang terus mengkritik Najib, mereka tidak dapat lari daripada fakta bahawa Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan yang besar.

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN, melonjak kepada majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, Yusri menegaskan bahawa PRN Johor bukanlah tamparan terakhir kepada Mahathir, terutamanya memandangkan peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu hampir 55%.

Memandangkan Najib telah menjadi faktor utama dalam menggerakkan kempen BN di Johor, Yusri berkata Najib boleh menganggap keputusan itu sebagai “kemenangan peribadi dan menaikkan semangat”.

“Cabaran terbesar bagi mereka seperti Mahathir dan partinya adalah bagaimana mereka akan menghasilkan strategi yang berkesan untuk membuat kemunculan semula yang ketara,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker