‘Ayahanda’ sebuah pertubuhan haram ditahan positif dadah

Sebaran :

‘Ayahanda’ sebuah pertubuhan haram ditahan positif dadah

KUALA TERENGGANU: Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar `Ayahanda’ antara 52 individu termasuk enam wanita yang ditahan ketika menghadiri mesyuarat di sebuah hotel, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata semua individu terbabit berusia 16 hingga 52 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam.

Katanya, siasatan dan pemeriksaan terhadap individu terbabit, mereka mengaku menghadiri mesyuarat membabitkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Dalam serbuan, pelbagai barangan berkaitan kumpulan terbabit dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Marzukhi berkata, polis turut menahan enam daripada individu terbabit kerana positif dadah methamphetamine.

Beliau berkata, tiga daripada mereka adalah ketua pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai ‘Ayahanda’ dan semua mereka berusia 30 hingga 35 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.

“Modus operandi pertubuhan dipercayai bagi menjalankan kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau ‘reposessor’.

“Seramai 36 individu yang ditahan sudah dikenakan reman empat hari bermula semalam,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali. BH

‘Ayahanda’ sebuah pertubuhan haram ditahan positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun


Sebaran :

Leave a Reply