Bencana Ribut: Kerajaan BN Johor umum tanggung semua kos

Kerajaan BN negeri bersetuju menampung segala kos perumahan membabitkan 18 keluarga mangsa ribut di Flat Ros Merah, Taman Johor Jaya, di sini yang dipindahkan sementara ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pelangi Indah bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, perkara itu diputuskan setelah isu penduduk itu dibangkitkan dalam mesyuarat Exco hari ini.

“Alhamdulillah, kerajaan Johor telah bersetuju untuk memberi penyewaan percuma. Ini bermaksud deposit perumahan berjumlah RM650, bil meter masuk air dan elektrik RM850 dan sewa bulanan RM250 sehingga hujung tahun adalah ditanggung kerajaan negeri.

“Ini bermakna, kesemua keluarga ini dibenarkan duduk secara percuma sehingga hujung tahun ini. Selagi kerja pembaikan masih belum selesai, mereka boleh terus kekal tinggal di sini (PPR Pelangi Indah),” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Sementara PPR Pelangi Indah, di sini hari ini.

Mohd. Jafni berkata, kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih rumah pangsa itu sudah bermula semalam dan dijangka akan mengambil masa tiga bulan untuk siap sepenuhnya.

Katanya, kos membaik pulih dan menyelenggara utiliti yang terjejas dianggarkan lebih RM1 juta dan kos itu ditanggung kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Mengenai mangsa yang ingin berpindah terus ke PPR Pelangi Indah itu, beliau berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan kelayakan pemohon terbabit.

“Kami mendengar rintihan mereka dan PPR ini sememangnya disediakan untuk golongan B40 dan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Harap Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) dapat melihat kelayakan mereka ini. Sekiranya layak, mereka boleh membuat permohonan dan kita akan mempertimbangkan bagi meringankan beban mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, bagi mangsa ribut yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, mereka tetap boleh memohon bantuan daripada pihak kerajaan.

Mangsa yang terlibat perlu mengemukakan salinan laporan polis sebagai bukti untuk diserahkan kepada Pejabat Daerah Johor Bahru.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker