[FOTO] Baka Anak Kambing Ada 7 Kaki, Dua Kemaluan

 

[FOTO] Baka Anak Kambing Ada 7 Kaki, Dua Kemaluan

JAKARTA – Seorang lelaki tidak menyangka kambing peliharaannya berasal daripada  baka aneh kerana memiliki 7 kaki dan dua kemaluan, lapor Suara.com, semalam.



Sumiyono, 40, dari Bugel, daerah Panjatan, Kulon Progo berkata kambing aneh itu lahir pada suatu malam di bulan puasa, hampir dua minggu lalu.

Jelasnya, ibu kambing itu berada dalam keadaan normal semasa bunting dan proses kelahiran juga berlaku seperti biasa.

“Ibu kambing itu melahirkan dua ekor anak dan hanya seekor sahaja yang normal iaitu berkaki empat,” katanya.



Anak kambing itu mempunyai empat kaki sama seperti kambing lain manakala tiga lagi kakinya itu bersaiz kecil dan berada di bahagian sisi belakang badannya.

Biarpun sedikit berbeza, ia tidak mendapat layanan istimewa daripada tuannya kerana Sumiyono menjaganya sama seperti anak-anak kambingnya yang lain.

“Kami memberikan ia susu formula supaya badan kambing ini tumbuh dengan sempurna,” katanya.



Biarpun lahir dalam keadaan tidak sempurna, ia tetap lincah dan sering mendekati keluarga Sumiyono di sekitar kandangnya.

Keunikannya juga menjadikan ia tarikan umum apabila ramai penduduk sekitar datang untuk melihat dan mengambil gambar kambing itu. -Agensi

[FOTO] Baka Anak Kambing Ada 7 Kaki, Dua Kemaluan


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NET

Kambing kesayangan hadiah kahwin buat sahabat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker