Aliff Syukri Umum Tinggalkan Media Sosial Menangis Teresak-esak Mohon Maaf Dengan Keluarga
Aliff Syukri Umum Tinggalkan Media Sosial Menangis Teresak-esak Mohon Maaf Dengan Keluarga
SAMBIL menangis teresak-esak, usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri mengumumkan mengundur diri daripada semua laman sosialnya.
Aliff menerusi dua video yang dimuat naik di Instagram miliknya turut memohon maaf kepada ibu, Rozita Ibrahim, isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya atas kekhilafannya selama ini.
“Mohon keampunan dan kemaafan. Kepada semua yang mengenali saya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki saya mohon maaf.
“Saya juga nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki terutamanya kepada emak saya, isteri dan anak-anak saya.
“Saya insan yang lemah… Saya akan mengundurkan diri daripada semua laman sosial dan terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” katanya.
Dalam video tersebut, Aliff turut memberitahu keputusannya itu turut dibuat demi keluarganya dan ia dugaan berat buat dirinya.
@buzzingmalaysia
Aliff turut memohon pengikutnya sentiasa mendoakan perniagaan dan keluarganya selain berharap tindakannya mengundurkan diri akan membuat semua tenang dan bahagia.
“Kalau jumpa di luar tegur-tegurlah saya. Saya minta maaf sangat.
“Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan doakan perniagaan dan anak-anak saya,” katanya.
Keputusan Aliff itu dipercayai dibuat selepas dia menerima kecaman hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan video teaser lagu terbaharunya bersama penyanyi Baby Shima yang dimuat naik di TikToknya pada Khamis.
Video tersebut dihujani dengan pelbagai kecaman netizen yang kurang bersetuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap
Aliff yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini.mSTAR
Aliff Syukri Umum Tinggalkan Media Sosial Menangis Teresak-esak Mohon Maaf Dengan Keluarga
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
You must be logged in to post a comment.