27 kerusi parlimen pasti jatuh ke tangan PH jika PAS dan UMNO bertembung

PAS disaran mencari jalan mewujudkan ‘Kerusi Muafakat Nasional’ bersama UMNO-Barisan Nasional (BN) bagi mengelak Pakatan Harapan (PH) mendominasi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, hanya Muafakat Nasional (MN) dapat menyekat kemaraan PH yang dipercayai akan memperoleh kemenangan besar sekiranya keadaan dibiarkan tanpa sebarang usaha.

“Ketika ini semua parti Melayu berpecah-belah dalam pelbagai gabungan, termasuk BN, Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Dengan wujudnya tiga gabungan BN, PN dan GTA kali ini, risiko untuk PH menang pasti lebih tinggi.

“Jadi melalui kaedah ini sahaja iaitu melalui MN, kita mampu menyekat kemenangan PH walaupun harapan untuk membentuk kerjasama PAS-UMNO seperti termaktub dalam piagam dulu masih jauh untuk dicapai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, usaha menghalang kemenangan PH wajib dilakukan segera dengan menerokai potensi MN dalam mencapai kejayaan.

Tegasnya, di Semenanjung Malaysia, terdapat 27 kerusi yang sangat berisiko untuk jatuh ke tangan PH sekiranya UMNO dan PAS bertembung.

Dalam situasi itu, katanya, UMNO dan PAS tidak boleh bertembung di kerusi berkenaan dan kedua-dua parti perlu mencapai persefahaman.

Katanya, kawasan berkenaan boleh dinamakan sebagai ‘kerusi MN’ dan kedua-dua parti kembali ke meja rundingan untuk mengelak berlaku pertembungan semasa sendiri.

“Namun adalah lebih baik sekiranya di kerusi-kerusi MN ini, UMNO dan PAS boleh membentuk jentera bersama supaya calon mereka boleh menang selesa,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker