Lelaki pukul pelajar tahfiz telah ditahan polis, 3 lagi sedang diburu

 

Video rakaman insiden seorang ustaz dan pelajar tahfiz diserang tular di media sosial dan mencetus perbincangan dalam kalangan warga maya

LIPIS: Polis menahan dua daripada lima lelaki yang disyaki menyerang seorang pelajar tahfiz dan seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dua lelaki yang berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis.

“Pihak polis melakukan beberapa serbuan awal pagi tadi di sekitar kawasan Damak, Jerantut sebelum menahan dua suspek manakala tiga lagi suspek masih dikesan termasuk seorang suspek utama yang telah dikenal pasti butiran peribadi dan usaha menangkap suspek sedang dipergiatkan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Azli berkata, berdasarkan laporan kejadian dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu.

Lelaki bergaduh di pusat tahfiz di Pahang (Video)

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal pada jam 5.10 petang semalam lima lelaki bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz berkenaan menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum tiga suspek bertindak menyerang mangsa.

“Dalam kejadian itu penjaga tahfiz mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kanan dan menerima empat jahitan, cedera di tangan dan lebam di badan, manakala pelajar tersebut sakit di bahagian badan,” katanya.

Tular di media sosial hari ini beberapa orang lelaki membuat kecoh di hadapan pelajar dipercayai berlaku di sebuah pusat tahfiz di daerah ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Shah Ahmad, kelihatan seorang lelaki berseluar pendek dan memakai kasut telah masuk ke madrasah sebelum memanggil beberapa orang pelajar tahfiz berkenaan.

Lelaki terbabit dalam keadaan marah kemudiannya dilihat bertindak memukul pelajar tahfiz sebelum seorang tenaga pengajar cuba masuk campur bagi meleraikan pergaduhan itu.

Namun begitu, malang menimpa tenaga pengajar berkenaan apabila dia turut di pegang oleh beberapa orang lelaki lain sebelum dipukul.

Berdasarkan rakaman lelaki yang memakai kasut berkenaan menyatakan tidak berpuas hati apabila anak saudaranya dan pelajar lain dipukul.

Lelaki tersebut berkenaan kemudiannya memukul mangsa sebelum mengajaknya bergaduh.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker