Aliff Syukri menangis, dakwa sakit mental tahap II [VIDEO]

Tangkap layar Aliff Syukri dalam hantaran terbaharu di Instagram.

 

Rata-rata orang ramai mula bosan dengan ‘drama’ yang sering ditimbulkan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Terbaharu, beliau memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua sehingga ke hari ini sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.

“Bye-bye, selamat tinggal Instagram, awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.

“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” katanya.

Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ disisinya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut ditinggalkan oleh pengguna media sosial.

“Sudah 40 kali ‘bye-bye’, bila nak padam Datuk?,” ujar seorang pengguna.

“Patutlah buat video bukan-bukan, pesakit mental rupanya, kesian Datuk Aliff, tak baik yang lain suka kutuk Datuk Aliff,” komen pengguna lain.

“Drama kuat usahawan seorang ini, buktikan surat doktor dulu,” kata seorang pengguna lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker