Menteri Agama mahu KDN tahan pengkid selepas kembali dari umrah

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad meminta pihak berkuasa menahan wanita yang memakai ihram lelaki ketika menunaikan ibadah umrah ditahan sebaik tiba di tanah air.

Idris berkata, pihaknya mengambil berat isu yang tular itu kerana ia melibatkan hukum agama dan perlu dikenakan tindakan tegas.

“Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.

“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Saya juga telah menghubungi pihak Motac (Kementerian Pelancongan) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di tanah suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Dalam satu hantaran video menunjukkan individu terbabit menuju ke Raudhah.

Seorang pengguna Twitter berkata individu berkenaan seorang wanita dan bekas pekerjanya.

Lantaran itu, beberapa tokoh agama termasuk mufti menggesa tindakan tegas diambil terhadap wanita berkenaan kerana perbuatannya yang jelas bercanggah agama.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker