Surirumah dipukau wanita berbaju kurung ungu, barang kemas hilang

Surirumah dipukau wanita berbaju kurung ungu, barang kemas hilang

YAN: Seorang suri rumah terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian kira-kira RM2,000 apabila sebentuk cincin dan rantai emasnya dilarikan seorang wanita dalam satu kejadian di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini pagi semalam.

Mangsa, Fitri Nadia Bakar, 22, berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi semasa dia tinggal berdua bersama anaknya, Hanif Azrul Fikri, 2, manakala suaminya, Azrul Fitri Abdul Ghani, 24, keluar bekerja sebagai pemandu lori.

“Ketika sedang mengemas rumah, saya terdengar seorang wanita memberi salam sebelum saya bergegas ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang datang.

“Apa yang saya ingat ketika tiba di pintu rumah, seorang wanita berbaju kurung warna ungu sedang memegang failnya dan bertanya kepada saya sama ada memiliki barang kemas atau tidak,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurut Fitri Nadia, selepas wanita itu bertanya soalan demikian, dia seolah-olah hilang ingatan dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

“Saya hanya menyedari cincin dan rantai yang sering dipakai tiada lagi di jari dan di leher semasa berurusan di sebuah bank di Pekan Yan kira-kira sejam kemudian.

“Pada mulanya, saya bimbang jika barangan kemas itu tercicir di rumah dan walaupun pulang untuk mencari di serata tempat dalam rumah, namun, tidak menemuinya,” katanya.

Menurut Fitri Nadia, selepas termenung sejenak, dia teringat kejadian didatangi seorang wanita yang bertanyakan tentang barang kemas miliknya dan percaya barang berharga itu dilarikan wanita berkenaan.

“Saya seolah-olah dipukau oleh wanita itu kerana sebaik bertentang mata dengannya saya langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

“Cincin yang merupakan hadiah mas kahwin dan rantai leher untuk hantaran kahwin daripada suami itu saya sering pakai sepanjang masa dan tidak pernah dilucutkan untuk disimpan pun,” katanya.

Kata Fitri, dia kemudian membuat laporan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suri rumah berkenaan.

“Kita akan merujuk kes ini kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan kerana mangsa mungkin diperdaya ketika kejadian,” katanya. Utusan

Surirumah dipukau wanita berbaju kurung ungu, barang kemas hilang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker