Superintendan, ASP, DSP tak terkecuali

Superintendan, ASP, DSP tak terkecuali

Tidak beri muka! Ini dibuktikan apabila operasi pemutihan besar-besaran dilakukan membabitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.

Tindakan dilakukan pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selain Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bertujuan menjaga integriti serta membersihkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari anasir tidak sihat.

Sumber polis Bukit Aman berkata, operasi terbaru itu tidak hanya membabitkan anggota polis pangkat rendah malah turut membabitkan penahanan sekurang-kurangnya enam pegawai kanan polis.



“Antara ditahan adalah pegawai kanan berpangkat Superintendan, Asisten Superintendan (ASP) dan Deputi Superintendan (DSP) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

“Malah penahanan turut membabitkan seorang bekas ketua JSJN negeri. Operasi khas ini memfokuskan anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki mempunyai ‘pertalian’ dengan sindiket dadah tempatan sebelum ini.

“Operasi tertumpu di beberapa Ibu Pejabat Polis Lembah Klang, Utara dan Pantai Timur tanah air sejak awal minggu ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, yang memperuntukkan hukuman ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak selama dua tahun dan perintah sekatan, jika sabit kesalahan.



“Kewajaran penahanan dilakukan selepas suspek didapati pernah atau sedang ada kaitan dengan aktiviti berhubung pengedaran dadah berbahaya yang disiasat sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, langkah terbaru itu adalah tindakan lazim dilakukan PDRM terhadap anggota dan pegawainya bagi memastikan pasukan keselamatan itu terhindar dari aktiviti tidak bermoral.

“Operasi belum selesai dan masih diteruskan bagi memburu saki baki individu terbabit berdasarkan maklumat diperolehi,” katanya.

Difahamkan terbaru, seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP ditahan sepasukan polis dari Cawangan Bahagian Risikan JSJN Bukit Aman bagi siasatan di bawah LLPK.



Sebelum ini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pernah mendedahkan seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun kerana terbabit dengan kesalahan integriti.

Ini termasuklah 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terbabit kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48). HM

Superintendan, ASP, DSP tak terkecuali


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker