Asas ekonomi kukuh, tak perlu tambat ringgit – Tengku Zafrul

Asas ekonomi kukuh, tak perlu tambat ringgit – Tengku Zafrul

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ianya bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara kerana sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi rujukan atau asas bagi tambatan ringgit.

“Contohnya, jika ringgit ditambat kepada dolar AS dan seandainya kadar faedah rizab Persekutuan meningkat sebanyak 325 mata asas atau 3.25 peratus secara keseluruhan pada 2022, maka kadar dasar semalaman (OPR) perlu dinaikkan pada kadar yang sama meskipun Malaysia berada pada tahap pemulihan ekonomi dan tekanan inflasi yang berbeza daripada AS.



“Dalam hal ini, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat pula terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti AS,” jelas Tengku Zafrul pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Ir Md Nasir Hashim yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan sekiranya kementerian itu akan menetapkan nilai pertukaran ringgit dengan dolar AS bagi menstabilkan ringgit.

Tengku Zafrul turut menekankan bahawa kekuatan mata wang sesebuah negara bergantung kepada asas-asas ekonomi yang kukuh.
Pada asasnya, ekonomi Malaysia kekal di landasan yang kukuh, disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang teguh serta harga komoditi global yang meningkat.

Kesemua ini telah dicerminkan oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku pertama tahun ini yang meningkat sebanyak 5.0 peratus dan dijangka terus berkembang lebih baik pada suku kedua.



Tengku Zafrul menambah sekiranya langkah tambatan tersebut dilaksanakan, ia perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal.

Namun, katanya, tindakan tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel pada masa ini merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran dengan kepentingan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

“Sehubungan itu kerajaan menerusi BNM akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar serta mengambil langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran yang berdaya tahan dan mendalam untuk mencegah ketidakstabilan nilai ringgit.



“Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh BNM untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing dan mengelak turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus menguruskan risiko perkembangan domestik dan luaran manakala BNM juga bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing untuk mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit. Awani

Asas ekonomi kukuh, tak perlu tambat ringgit – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker