Kerajaan tampung subsidi tarif elektrik RM6.51 bilion pada 2022

Kerajaan tampung subsidi tarif elektrik RM6.51 bilion pada 2022

Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lepas yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022.

“Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Ali juga memaklumkan, sejak Januari 2021 hingga Jun lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj RM3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula Januari 2022.

Sementara itu, beliau berkata, sebarang keputusan tarif elektrik berikutnya adalah berdasarkan kepada mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) hujung tahun ini yang bergantung pada harga bekalan bahan api di peringkat antarabangsa.

Katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan pemberian subsidi tenaga secara bersasar. Awani

Kerajaan tampung subsidi tarif elektrik RM6.51 bilion pada 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker