Zamsaham, Bobie Farid ‘berperang’ di media sosial

Zamsaham, Bobie Farid ‘berperang’ di media sosial

Insiden ‘panas’ aksi Liga Perdana membabitkan Kelantan FC dan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV semalam kini merebak di media sosial.

Ini selepas ‘kepala’ kedua-dua pasukan pasukan terbabit menyambung ‘perseteruan’ di laman media sosial sebaik aksi terbabit berakhir.



Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin menerusi akaun Facebooknya meninggalkan sedikit pesanan dengan meminta pasukan The Red Warriors (TRW) dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

“Sedikit pesanan, terima kekalahan dengan hati yang terbuka.

“Belajar lagi erti profesional dalam sukan. Wa dah main world level la Mat,” katanya.

Sementara itu, pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menegaskan pihaknya menerima kekalahan namun tidak dapat menerima sekiranya berlakunya provokasi yang tidak baik daripada penyokong lawan.



“Mudahan fans (penyokong) luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau. Kalah ke menang ke adat perlawanan.

“Saya boleh terima tapi kalau sampai provok kencing pijak bendera, ini sesuatu yang tidak baik. Di masa depan, perlu saling hormat menghormati.

“Semoga semua fans (penyokong) Kelantan semuanya sihat selamat pergi balik setiap kali match (perlawanan),” katanya.

Semalam, perlawanan kedua-dua pasukan itu dicemari dengan balingan mercun dan batu selepas aksi berakhir dengan kekalahan 1-2 buat tuan rumah yang juga kekalahan pertama mereka di laman sendiri.



Penyokong dipercayai membaling mercun menyebabkan berlaku kekecohan dari tempat duduk penonton sehingga ke tengah padang sebelum melarat ke pekarangan stadium.

Batu dibaling penyokong turut menyebabkan cermin bas membawa pemain Perak FC retak. BH

Zamsaham, Bobie Farid ‘berperang’ di media sosial


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker