Pembelian online, scammer kaut RM10 juta dalam 6 bulan

Pembelian online, scammer kaut RM10 juta dalam 6 bulan

Enam bulan, RM10 juta lesap – itulah hasil dikaut penipu dalam talian daripada kira-kira 600 pembeli di Kuala Lumpur saja.

Menurut polis, lonjakan kes seumpama itu berbanding tempoh sama tahun lalu berlaku kerana orang ramai kini bebas menyambut pelbagai upacara keagamaan dan perayaan, selepas semua sekatan pergerakan berkaitan Covid-19 tidak lagi dilaksanakan.



Enam bulan pertama tahun lalu menyaksikan hanya 494 kes melibatkan kerugian RM3.65 juta di ibu kota. Bagaimanapun, ini meningkat kepada 613 kes bagi tempoh sama tahun ini membabitkan kerugian RM10.64 juta, menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai.

“Kes dilihat melonjak ketika tempoh perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya,” katanya kepada FMT.

Beh berkata, kebanyakan kes melibatkan iklan palsu di media sosial yang memancing pembeli.

“Mereka akan meminta anda memuat turun aplikasi tertentu untuk menggantikan fungsi SMS anda, seterusnya mengalihkan anda ke laman sesawang pancing data untuk memasukkan butiran perbankan.



“Begitu saja, duit anda dalam bank lesap,” katanya.

Baru-baru ini, polis turut mengesan semakin banyak kes yang dikaitkan dengan platform TikTok.

“Penipu ini memberikan pautan dalam hantaran mereka yang membawa pengguna media sosial mudah terpedaya kepada mereka,” katanya.

Walaupun polis tidak mendedahkan jumlah kes penipuan melibatkan setiap platform media sosial, mereka berkata, kebanyakan mangsa melaporkan mereka terpedaya ketika cuba membeli gajet, khususnya telefon bimbit.



Daripada 613 kes di Kuala Lumpur tahun ini, 386 kes melibatkan wanita. Bagi tempoh sama tahun lalu, 381 daripada 494 kes dilaporkan adalah lelaki.

Beh berkata, tidak banyak pembelian dibuat dalam talian bagi barangan berkaitan perayaan disebabkan perintah kawalan pergerakan tahun lalu, dengan kebanyakan mangsa dilaporkan cuba membeli aksesori kenderaan serta telefon bimbit.

Beliau menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika membuat pembelian dalam talian, terutama jika harga ditawarkan terlalu hebat untuk dipercayai.

“Anda patut membandingkan harga barang sama ditawarkan di internet. Jika harganya terlalu rendah sehingga tidak masuk akal, berhati-hatilah.



“Dapatkan maklum balas rakan-rakan dan saudara-mara,” katanya.

Pembeli dalam talian juga boleh menyemak dengan polis dengan melayari laman sesawang “semak mule” untuk maklumat lanjut. FMT

Pembelian online, scammer kaut RM10 juta dalam 6 bulan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker