Kelewatan Pembinaan Kapal LCS Disebabkan PH Terlalu Taksub Dengan Audit Forensic

Oleh Tun Teja

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) serba serbi tidak kena dengan cara pentadbiran mereka apabila memerintah negara selama 22 bulan. Kepentingan rakyat dan negara langsung tidak diberi keutamaan.

Lebih tepat lagi, kerajaan PH hanya tahu memusnahkan negara dengan memansuhkan dan menganggu projek-projek penting negara seperti PLKN, HSR, ECRL,LCS, Salman Peace Centre, Klinik 1Malaysia, BR1M dan lain-lain lagi.

Kini DAP, PN, MUDA cuba menjadikan kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) sebagai modal politik untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ironinya, projek LCS hilang hala tuju selepas PH mengambil alih pucuk pimpinan negara selama 22 bulan kerana segala kerja terhenti disebabkan projek tersebut dipenuhi dengan siasatan. PH terlalu taksub dengan Audit Forensic.

Kegagalan kerajaan PH membuat keputusan berkenaan perkara ini telah mengakibatkan peningkatan kerugian dalam korporat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) ekoran penangguhan kepada vendor-vendor Bumiputera dan juga tenaga kerja.

Kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya.

Bekas Menteri Pertahanan PH Mohamad Sabu dan Timbalannya Liew Chin Tong gagal melihat impak jangka panjang akibat dari kebodohan melampau keputusan yang mereka buat.

Pada Mei 2021, apabila kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan lain, mereka menghidupkan semula pembinaan Kapal LCS yang sebelum ini tertangguh.

Tanpa rasa bersalah Mat Sabu dan Liew Chin Tong mempersoalkan rancangan kerajaan tersebut.

Mereka mengatakan bahawa mereka berasa “hairan” dengan pengumuman mengenai projek itu oleh Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob ketika itu. Kononnya mereka bimbang sekiranya niat kerajaan hanya terhad kepada kepentingan kontraktor, dan bukan kepada pengguna kapal itu.

Pembuat kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM9 bilion itu pada tahun 2011 untuk membina enam LCS kelas Gowind yang dibangunkan oleh pengeluar Perancis Naval Group France (ketika itu dikenali sebagai DCNS).

LCS pertama sepatutnya dihantar pada bulan April 2019, tetapi tarikh tersebut terlepas kerana segala kerja terhenti disebabkan projek tersebut dipenuhi dengan Audit Forensic.

Jika kerja pembinaan kapal tidak disambung, bagaimana kapal tersebut mampu disiapkan. Kini PH secara berjemaah cuba menyalahkan kerajaan BN atas kelewatan pembinaan kapal tersebut sedangkan punca utama kelewatan tersebut kerana PH memberhentikan kerja atas alasan Audit Forensic.

Sebenarnya PH boleh sahaja menjalankan Audit Forensic sambil kerja-kerja pembinaan kapal diteruskan namun memandangkan kerajaan PH sememangnya gagal maka mereka sentiasa membuat keputusan yang salah sepanjang masa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker