Pemain United sudah bosan dengan Ronaldo

Pemain United sudah bosan dengan Ronaldo

LONDON: Pemain Manchester United dikatakan sudah bosan dengan kelakuan dan sikap Cristiano Ronaldo.

Beberapa pemain lebih suka jika penyerang itu meninggalkan kelab berbanding mewujudkan masalah berpanjangan antaranya dan kelab.



Wujud kemarahan antara pemain dalam skuad terhadap pendirian dan apa yang dilakukan Ronaldo di kelab itu.

Sumber di United memberitahu: “Ia kini mendatangkan rasa tidak senang ramai pemain.

“Dia ada sekutu dalam kem tetapi ramai yang sudah bosan dengan apa yang berlaku.”

Ronaldo mahu keluar dari Old Trafford hanya 12 bulan selepas kembali ke kelab itu namun kelab tidak mahu menjualnya.



Pemain itu percaya dia ada perjanjian tidak rasmi jika United tidak layak ke Liga Juara-Juara dia dibenarkan meninggalkan kelab.

Ejennya, Jorge Mendes merayu kepada Ketua Eksekutif, Richard Arnold untuk memberikan tanda harga kerana dia sudah ada perjanjian buat Ronaldo berhijrah ke kelab yang tidak dinamakan.

Namun pemilik kelab, Glazers menegaskan dia bukan untuk dijual. BH

Pemain United sudah bosan dengan Ronaldo




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker