Peguam negara jumpa pegawai imigresen dimaki KPPA hari ini

Peguam negara jumpa pegawai imigresen dimaki KPPA hari ini

Peguam Negara, Idrus Harun akan menemui pegawai imigresen yang terbabit dalam kejadian ditengking Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Shafiq Abdullah hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan pertemuan itu difahamkan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung kejadian berkenaan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Shafiq turut dipanggil.

“Difahamkan, pegawai terlibat akan dipanggil bagi menjelaskan apa yang berlaku.



“Tidak dapat dipastikan sama ada saksi lain dari Jabatan Imigresen yang turut berada di lokasi ketika kejadian minggu lalu juga akan dipanggil atau sebaliknya bagi membantu siasatan,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, sumber berkata, CCTV itu di bawah bidang kuasa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Oleh itu, katanya, penyerahan rakaman CCTV kepada jawatankuasa siasatan yang diketuai Idrus perlu melalui MAHB bagi membolehkan penelitian dilakukan untuk mendapat gambaran lebih jelas.

Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kejadian pada minggu lalu itu yang diketuai Idrus dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.



Rabu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut Shafiq memohon maaf secara terbuka kerana beliau didakwa menengking seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kata-kata kesat.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku di Balai Berlepas KLIA antara 8.40 pagi hingga 9.40 pagi 3 Ogos lalu kerana tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP.

Tetapi, Jabatan Perkhidmatan Awam menolak dakwaan itu dengan berkata, Shafiq sekadar menegur pegawai imigresen bernama James Lee atas ketidakpatuhan amalan dan prosedur kerana tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasportnya serta delegasinya. FMT

Peguam negara jumpa pegawai imigresen dimaki KPPA hari ini




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker