Pekerja hotel serang tetamu kerana lewat bayar

Pekerja hotel serang tetamu kerana lewat bayar

Seorang wanita di Thailand mendakwa pekerja hotel bertindak menyerangnya hanya kerana lewat membayar kos penginapan.

Lapor thethaiger.com, mangsa dikenali sebagai Nattarika, 26, mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan, Saimai Survive selepas insiden pergaduhan fizikal berlaku di sebuah hotel terletak di daerah Thanya Buri di wilayah Pharum Thani.

Mengimbas kembali kejadian menimpanya, Nattarika berkata, rumahnya terletak berhampiran hotel itu dan dia memutuskan untuk menginap di sana buat sementara waktu disebabkan menghadapi masalah keluarga.

Menurut Nattarika, dia pada mulanya menempah bilik hotel untuk satu malam pada 20 September lalu dan tidak melakukan bayaran sebelum penginapannya.

Wanita itu memaklumkan dia sebenarnya mahu membuat bayaran pada keesokan harinya namun menghadapi masalah apabila telefonnya rosak.

Malah, katanya, ketika itu, dia bercadang untuk melanjutkan tempoh penginapannya di hotel tersebut dan sudah memaklumkan kepada seorang pekerja hotel syif pagi mengenainya termasuk akan melakukan bayaran lewat.

Jelasnya, pekerja hotel itu bersetuju dengan permintaannya namun seorang kakitangan yang bekerja syif malam pula menghubunginya dan menuntut melakukan bayaran dengan segera.

“Kira-kira pukul 7 malam, pekerja itu mengetuk pintu bilik wanita itu dan menyuruhnya keluar dari hotel.

“Nattarika terpaksa ke lobi dan menunggu sehingga memindahkan wang. Dia kemudian menghantar resit transaksi itu menerusi aplikasi LINE dan menunggu pengesahan penginapannya namun pekerja itu berdiam diri.

“Wanita itu kemudian bertanya kepada pekerja sama ada sudah menerima resit pemindahan wang. Perbualan itu bertukar menjadi pertengkaran dan serangan fizikal,” jelas laporan.

Tambah Nattarika, dia mengalami luka di muka dan badannya akibat serangan fizikal dilakukan oleh pekerja hotel itu.

Nattarika memfailkan laporan di Balai Polis Pratunam Chulalongkorn dan setakat ini, tiada maklumat terkini mengenai perkembangan kes itu. Utusan

Pekerja hotel serang tetamu kerana lewat bayar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker