Terjun sungai elak polis, lelaki ditemui lemas

,

Terjun sungai elak polis, lelaki ditemui lemas

Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kedah bagi mengelak ditahan polis kira-kira 1 tengah hari tadi ditemui lemas di sungai berkenaan petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui pada 3.34 petang hasil operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Beliau berkata mayat ditemukan kira-kira 44m dari tebing sungai sedalam 1m.

“Maklumat awal yang diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada 1.07 tengah hari, terdapat dua lelaki dikhuatiri lemas di sungai namun seorang daripada lelaki itu berjaya diselamatkan,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurut Sayani anggota bomba menggunakan bot penyelamat dan pencangkuk besi untuk mencari dan menyelamat.

Katanya kematian lelaki itu disahkan petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa dipercayai seorang daripada tiga individu disyaki pengedar dadah yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tersebut bagi mengelak ditahan polis. FMT

Terjun sungai elak polis, lelaki ditemui lemas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker