Serang penguat kuasa MBJB, dua lelaki ditahan

Serang penguat kuasa MBJB, dua lelaki ditahan

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang mengeluarkan saman ke atas mereka, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini, mangsa berusia 23 tahun cedera di kulit kepala akibat dipukul suspek menggunakan tangan dan ditolak jatuh ke jalan raya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata ketika kejadian, anggota penguat kuasa itu mengeluarkan saman ke atas kenderaan suspek yang didapati diparkir dalam keadaan menghalang lalu lintas sebelum suspek yang tidak berpuas hati menyerang mangsa dan berlaku pergelutan.

“Selepas suspek memukul anggota penguat kuasa MBJB itu, kedua-dua mereka kemudian bertindak melarikan diri.

“Bagaimanapun, tindakan pantas anggota kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menahan kedua-dua suspek yang ketika itu bersembunyi dalam kereta mereka kira-kira 500 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Raub berkata, ketika penahanan, polis mendapati seorang daripada suspek cedera pada muka dipercayai akibat bergelut dengan mangsa.

Katanya, suspek yang cedera itu menerima dua jahitan.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kedua-dua suspek yang juga rakan itu menyerang anggota penguat kuasa berkenaan adalah kerana tidak berpuas hati atas saman MBJB yang dikeluarkan kerana kesalahan menghalang lalu lintas,” katanya.

Raub berkata, suspek warga tempatan yang berusia 42 dan 47 tahun itu akan direman bagi siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. BH

Serang penguat kuasa MBJB, dua lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker