Isu rider mogok: PM arah menteri jumpa wakil persatuan
KUALA LUMPUR: Wakil persatuan e-panggilan dan p-panggilan akan bertemu dengan menteri pengangkutan dan menteri sumber manusia bagi membincangkan isu yang dihadapi mereka.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata perjumpaan dua wakil persatuan itu dengan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong akan berlangsung pada Isnin ini di Putrajaya.
“Sementara perjumpaan wakil e-panggilan dan p-panggilan dengan Menteri Sumber Manusia (M Saravanan) akan diatur dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Grab Driver Malaysia Association dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini hari ini.
Menurut Khaizulnizam, pertemuan beliau bersama wakil kedua-dua persatuan hari ini adalah susulan keprihatinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu yang dihadapi persatuan itu.
“Saya telah diarahkan oleh Perdana Menteri untuk turun berjumpa dengan penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka.
“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing,” katanya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa mendengar masalah yang dihadapi oleh setiap ahli Keluarga Malaysia.
Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia Abdul Hakim Abdul Rani berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
Timbalan Presiden Grab Driver Malaysia Association Mohd Azril Ahmat pula berharap wakil kerajaan dapat mendengar keluhan mereka sebelum mengambil apa-apa keputusan.
Sebelum ini tular di media sosial poster dengan perkataan “Off 1 Hari” dan “Food Delivery Blackout Jumaat 5 Ogos 2022” diikuti mesej untuk memboikot servis penghantaran hari ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
You must be logged in to post a comment.