Resepi Mee Udang Periuk Penang Mari



Resepi Mee Udang Periuk Penang Mari

Teringin nak makan Mee Udang yang sedap? Saudara Muhsein Muh ada kongsikan resepi Mee Udang Periuk dari Penang hasil resipi dari ibunya.

Resepi ringkas sahaja tapi lihatlah kuahnya, sangat membuka selera. Sesuai untuk sajian 6-8 orang. Jom cuba!

Bahan-bahan:

1 genggam cili kering
2 biji ubi keledek merah – rebus terlebih dahulu
2 biji ubi kentang – rebus terlebih dahulu
1/2 genggam kacang tanah
Udang segar secukupnya – untuk kisar dan dimasukkan ke dalam kuah
1 biji bawang merah besar – kisar halus
3 ulas bawang putih – kisar halus
Sos tiram secukupnya
1 tangkai daun sup
1 biji tomato
Garam, gula dan perasa secukupnya




Bahan-bahan lain:

1 paket mee kuning
Tauhu – digoreng
Bawang goreng
Tauge dan telur rebus
Limau kasturi

Cara memasak:

Kisar cili kering bersama isi udang dengan secukupnya. Jika mahu kisar udang bersama kulit dan kepalanya, kisar secara berasingan, tapis dan barulah dicampur bersama kisaran cili.

Seterusnya kisar pula ubi keledek merah, ubi kentang dan juga kacang tanah.




Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan juga air. Sebatikan.

Bila kuah mula mendidih, masukkan sos tiram, daun sup dan hirisan tomato. Masak lagi hingga sekata.

Perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.

Akhir sekali, masukkan udang. Biar hingga udang masak sepenuhnya.




Angkat kuah dan hidangkan bersama mee dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.
Kredit: Muhsien Muh

Resepi Mee Udang Periuk Penang Mari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Leave a Reply

Your email address will not be published.