Roslan Aziz bebas kanser limfoma
Roslan Aziz bebas kanser limfoma
Penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz, 60, disahkan bebas kanser limfoma tahap empat yang dihidapi sejak Disember, tahun lalu.
Berita gembira itu dikongsi sendiri isterinya, Sopphilea Hamid, 40, ketika dihubungi Harian Metro untuk mendapatkan kepastian yang sahih selepas disiarkan sebuah portal berita.
“Syukur Alhamdulillah, suami saya sekarang dalam keadaan sihat.
“Menerusi keputusan ujian Pemeriksaan Imbasan Computed Tomography (CT), pada masa ini, nampak gayanya seperti sudah ‘clear’ (tiada sel kanser). Kemoterapi dapat bunuh semua sel kanser itu.
“Tetapi suami saya mesti teruskan rawatan iaitu menjalani sesi radioterapi pula. Ini bagi memastikan sel kanser betul-betul berjaya dihapuskan.
“Kalau kemoterapi, suami saya perlu jalani enam sesi pusingan rawatan, namun, bagi radioterapi, ini belum dipastikan lagi.
“Ditambah Hospital Ampang (HA) tidak membuat sesi radioterapi. Kes suami saya sudah dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Insya-Allah, minggu depan baru kami berjumpa pakar onkologi di sana,” katanya.
Sopphilea sangat bangga dengan semangat juang yang tinggi dalam diri suami untuk melawan kanser. Jelasnya, kini dia sangat menjaga kesihatan Roslan terutama dari aspek pemakanan harian.
“Saya anggap ini peluang kedua yang Allah beri kepada kami. Jadi, saya tidak boleh sia-siakan dan perlu menjaga suami sebaik mungkin. Oleh itu, dalam tempoh sekarang, saya sangat menjaga rutin pemakanan hariannya.
“Suami lebih difokuskan kepada pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja. Saya memang elak ambil daging dan ayam buat masa ini.
“Malah, saya pelbagaikan masakan harian berupa sayur-sayuran,” katanya.
Menurut Sopphilea, inilah masanya dia berbakti menunjukkan keikhlasan cinta terhadap Roslan.
Katanya lagi, dia sekeluarga begitu menghargai setiap momen bersama.
“Tidak dinafikan, memang ajal maut itu ketentuan Allah. Namun, selagi ada peluang untuk berubat, saya rasa tidak ada salahnya untuk kita mencuba dan berusaha.
“Alhamdulillah, suami saya sangat positif. Dia kuat untuk bangkit melawan kanser dihidapi itu,” katanya.
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor menjangka dia cuma mampu bertahan sehingga enam bulan sahaja untuk hidup, iaitu Jun lalu, berikutan kanser limfoma dihidapi sudah memasuki tahap empat.
Terdahulu, melalui hasil perkongsian hidup Roslan dan Sopphilea selama 20 tahun, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Roslan yang juga bekas suami penyanyi, Datuk Sheila Majid mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid Aziz, hasil perkahwinan mereka. HM
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup