Punca aircond tak sejuk
Punca aircond tak sejuk
TIDAK dinafikan sejak bulan lalu cuaca di negara kita rata-ratanya cukup panas. Malah bahangnya turut dirasakan pada waktu malam.
Melihatkan keadaan ini tidak hairanlah mengapa setiap rumah yang ada aircond atau penghawa dingin menggunakannya dengan kerap sekali.
Namun apabila aircond yang dipasang hatta ke suhu 16 darjah Celcius pun tidak rasa sejuk, itu boleh mengundang rasa amarah di dalam dada. Sebelum anda naik angin dan menyalahkan pengeluar aircond, cuba periksa dahulu beberapa punca mengapa ia tidak sejuk.
Sebab yang paling biasa kita dengar ialah air filter atau penapis udara tidak berfungsi dengan baik akibat tersumbat. Tapi jika air filter pun dalam keadaan baik, apa masalah lain?
KOMPRESSOR KOTOR ATAU TERSUMBAT
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik dan sejuk kompressor juga harus dijaga. Ia sepatutnya sentiasa dalam keadaan bersih. Pastikan ia bebas dari sebarang halangan seperti rumput dan pokok. Ini supaya ia dapat menyejukkan penyejuk seterusnya menghasilkan udara dingin dalam rumah anda.
SETTING KURANG TEPAT
Menggunakan setting yang tepat bergantung kepada beberapa faktor. Salah satunya keluasan ruang dan juga kemampuan aircond. Jika bilik tidak terlalu luas cukup sekiranya anda menggunakan ‘dry mode’. Atau boleh gunakan mode biasa dengan suhu rendah kemudian tetapkan pada suhu di antara 23 ke 25 darjah Celcius.
KURANG GAS
Di antara kemungkinan mengapa aircond tak sejuk ialah disebabkan kurang gas. Tahap penyejuk yang rendah boleh disebabkan oleh kebocoran. Andai kata perkara ini berlaku cepat-cepatlah hubungi juru teknik penghawa dingin yang pakar. Mereka mampu memeriksa dan membaiki anda ada kebocoran serta menambah gas aircond.
COOLING COIL BERMASALAH
Cooling coil berfungsi untuk menyejukkan sistem aircond anda. Jadi bila ia bermasalah atau rosak aircond akan jadi kurang sejuk. Malah ia akan bekerja lebih keras untuk cuba menyejukkan ruang. Baiki cooling coil yang rosak pasti aircond kembali sejuk seperti sediakala.
SALURAN PAIP BUANG AIR TERSUMBAT
Sepanjang aircond dipasang kita seperti sedia maklum ia akan mengeluarkan sisa air. Biasanya ia akan dibuang menerusi saluran paip yang dipasang. Namun jika ia tersumbat itu juga boleh jadi punca menjejaskan fungsi aircond.
KIPAS TAK BERFUNGSI
Salah satu punca lain ialah kias pada unit dalaman tidak berfungsi dengan baik. Anda boleh periksa bahagian dalam untuk melihat jika ia berfungsi dengan baik atau hanya berdengung- anda boleh menggunakan pemutar skru panjang untuk ini. Jika kipas berfungsi dengan baik, kapasitor adalah penyebab udara panas unit anda. Jika ia tidak berfungsi, motor mungkin perlu diganti.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Punca aircond tak sejuk
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup
You must be logged in to post a comment.