Hentikan lakonan, wayang kamu – Nur Jazlan

Hentikan lakonan, wayang kamu – Nur Jazlan

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera bagi menamatkan segala lakonan dan wayang kulit oleh segelintir pemimpin yang hanya bertujuan untuk terus menipu rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU akan membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat yang paling berhak untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai turut menyeru supaya ahli-ahli UMNO tidak mudah terpedaya dengan ceritera yang dimainkan ahli politik daripada Perikatan Nasional (PN) dan juga tok dalang mereka di dalam UMNO sendiri.

“Saya dapat maklum balas daripada pemimpin dan ahli akar umbi UMNO di seluruh negara yang geram dengan permainan licik sesetengah pemimpin UMNO yang sanggup jadi dalang kepada orang PN.

“Orang dalam parti sudah lama pendam rasa terutamanya orang muda, namun, ramai tak berani nak bersuara. Mereka boleh nampak adanya musang berbulu ayam yang menjadi musuh dalam selimut dan cuba merosakkan parti dari dalam.

“Memang permulaan nampak berjalan lancar, tapi, kesatuan ahli parti yang telah berdepan dengan pengharaman UMNO dan berbagai rintangan membuat perpaduan dalam parti semakin kukuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dakwanya, penolakan rakyat terhadap PN memberi kesan mendalam kepada beberapa wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mula khuatir tentang masa depan mereka sehingga ada yang mula terfikir untuk meninggalkan parti tersebut.

“Sampaikan tokoh korporat dan juga Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pun sudah bertukar kiblat daripada kerajaan PN dan nak jadi calon UMNO. Sehinggakan beberapa pemimpin DAP dan PKR juga hairan dengan perubahan pendirian Tengku Zafrul itu.

“Apatah lagi selepas prestasi teruk melanda PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sekali gus penganalisa meramalkan Bersatu akan berkubur selepas PRU15. Apabila sedar kekuatan dan cengkaman Bersatu semakin merosot dalam kerajaan PN, Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) mula guna taktik kotor untuk terus menekan Perdana Menteri daripada UMNO,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kepimpinan dan akar umbi UMNO supaya lebih berhati-hati dengan permainan politik PN dan tok dalang mereka yang masih di dalam UMNO supaya tidak terpedaya sehingga golongan tersebut tidak menguasai parti berkenaan.

“Jika pemimpin dan ahli UMNO tak berwaspada dengan taktik licik ini, parti akan terperangkap dan silap hari bulan UMNO akan dikuburkan tanpa maruah. Beringatlah dengan serigala politik ini yang sanggup membaham sesiapa saja tak kira kawan atau lawan asalkan matlamat mereka untuk berkuasa tercapai.

“Bukan saya seorang yang sedar dengan permainan wayang kulit ini, tapi ramai lagi orang UMNO yang sudah dapat baca gerakan lincah tersembunyi geng PN dengan bantuan tok dalang yang mahu mengkhianati parti demi kuasa.

“Sejak dahulu lagi, ramai pihak yang cemburu dan iri hati dengan kekuatan dan kejayaan UMNO. Bila mereka tak mampu serang UMNO dari luar, mereka guna taktik ugutan, adu domba dan pengkhianatan dari dalam parti sendiri,” katanya menegaskan bahawa beliau lantang bersuara kerana amat menyayangi UMNO seperti Allahyarham bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO. Utusan

Hentikan lakonan, wayang kamu – Nur Jazlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker