Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
Pulau Pinang akan menentukan nasib empat ADUN yang “berpaling tadah” daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN), dalam mesyuarat exco, pada Jumaat.
Ia susulan keputusan bersejarah Mahkamah Persekutuan, hari ini, yang memutuskan undang-undang tubuh negeri menghalang lompat parti menepati Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu amat dialu-alukan kerana ia juga mengkehendaki mahkamah melihat semula keputusan duluan yang hampir menyerupai membabitkan undang-undang anti-lompat parti di Kelantan, yang diputuskan tidak berperlembagaan, kira-kira 30 tahun lalu.
“Kami akan membincangkan tindakan seterusnya pada Jumaat, katanya dalam kenyataan.
Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya, bekas wakil rakyat PKR), Zulkifli Ibrahim (Sg Acheh, bekas wakil rakyat PKR), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam, Bersatu namun pro PN) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang, Bersatu namun pro PN).
Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.
Usul itu ditangguhkan demi memastikan tidak berlaku pilihan raya negeri ketika pandemik, mengambil kira kes jangkitan Covid-19 melonjak selepas pilihan raya negeri Sabah diadakan.
Keempat-empat ADUN berkenaan juga memfailkan saman untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan.
Pada 1992, Mahkamah Persekutuan memutuskan undang-undang negeri yang menghalang ADUN melompat parti sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan membabitkan kebebasan berpersatuan.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, hari ini, berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menjamin hak asasi wakil rakyat menukar keahlian parti politik. FMT
Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
Baca Artikel Menarik:
- Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup
- Zaid kini di pihak Najib
- Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri
- Pesta kutip ribuan minyak masak paket terapung di Laut Jawa
- Ibu muda jual gambar lucah demi raih populariti media sosial
- Aween perit jadi mangsa santau
- Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]
- Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro
- Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan
- Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
- Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah
- Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2
- Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini
“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…
Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok
You must be logged in to post a comment.