Isteri Aliff Syukri padam video beri bapa Sajat kerusi roda

Isteri Aliff Syukri padam video beri bapa Sajat kerusi roda

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida memaklumkan bahawa dia telah memadam video momen ketika dia dan suami memberi sumbangan kerusi roda kepada bapa Sajat.

Difahamkan, Shahida berbuat demikian di atas permintaan Sajat demi menghormati keluarganya.



Maaf ya semua, saya delete video tadi sebab suami saya, Aliff Syukri kata Saja minta delete demi menghormati keluarga dia.

Saya pun tiada sebut apa-apa yang tak baik, hanya menyampaikan amanah Sajat untu keluarga dia.

Tambah Shahida lagi, ada segelintir netizen meninggalkan komen berbaur kecaman terhadap perkongsian video tersebut.

Sebab ada yang spin cerita dan ditambah dengan komen segelintir netizen yang mengeruhkan keadaan.



Terdahulu, Sajat yang kini berada di Australia memberi reaksi sebak dan menangis di TikTok selepas mendapat berita bapanya kini berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.

Sehubungan itu, Sajat kemudiannya meminta bantuan Aliff dan Shahida untuk memberikan kerusi roda baharu buat bapanya bagi memudahkan pergerakan di rumah.

Isteri Aliff Syukri padam video beri bapa Sajat kerusi roda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker