Merusuh guna senjata, pekerja asing ditahan polis

Merusuh guna senjata, pekerja asing ditahan polis

KULAI – Polis menahan 11 suspek dipercayai terlibat insiden rusuhan menggunakan senjata di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3 pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memberitahu, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 33 tahun ditahan dua hari selepas kejadian tersebut.



Menurut beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula tarikh ditangkap sehingga 4 Ogos ini.

“Polis menerima aduan orang awam yang memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan akibat ditikam di belakang badan.

“Serbuan dijalankan bermula pukul 12.05 tengah malam sehingga pukul 2 pagi membawa penahanan 11 suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan seorang daripada mereka cedera di belakang badan.



Polis merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan. Pemuda berusia 27 tahun yang cedera kini stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 017-7078577. K Online

Merusuh guna senjata, pekerja asing ditahan polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker